10 Koleksi Petua Yang Berkaitan Dengan Penyakit

10 Koleksi Petua Yang Berkaitan Dengan Penyakit

10 Koleksi Petua Yang Berkaitan Dengan Penyakit Harus Anda Tahu, Sama-Samalah Kita Amalkannya | 10 Koleksi Petua Yang Berkaitan Dengan Penyakit Seperti Berikut

1 BATUK BERDARAH
Dapatkan beberapa helai daun peria dan rebuskan dengan dua gelas air. Biarkan air itu suam sebelum diminum. Amalkan setiap pagi dan malam.

2 BUANG AIR BESAR BERDARAH
Tumbuk satu sudu jintan hitam lumat dan campurkan ke dalam segelas air suam. Amalkan setiap pagi dan malam.

3 BENGKAK USUS
Parut sebuku kunyit hidup dan campurkan dengan sedikit garam, sedikt gula merah dan sedikit perahan limau nipis ke dalam segelas air suam lalu diminum dan amalkan.

4 BEGUK
Campurkan nila (buku) dengan sedikit cuka makan dan sapukan pada tempat yang bengkak dan ulang hingga bengkak surut.

5 DIGIGIT BINATANG BISA
Sapukan tempat yang terkena gigitan dengan air perahan tembakau atau air asam jawa.

6 MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN
Bakar 5 ulas bawang putih tapi jangan sampai hangus dan makan sebagai ulam. Boleh juga amalkan minum air halia atau daun mengkudu.

7 CIRIT BIRIT
Minum teh O pekat tanpa gula atau makan beberapa helai daun jambu yang muda (ambil pucuk).

8 MELEMBUTKAN DAGING
Masukkan beberapa potong buah betik muda atau beberapa helai daun nangka kedalam masakan.

9 MENGUBAT GUSI BENGKAK
Potong sejengkal kulit pokok mempelam, basuh dan rebus dengan 3 gelas air dan sedikit garam. Bila air rebusan suam, berkumurlah dan amalkan setiap pagi.

10 MENYEGARKAN BADAN
Amalkan meminum air perahan pegaga yang dicampur dengan sebiji kuning telur dan sedikit madu.

Sekian terima kasih,dipersilkan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply