5 cara Layanan Terbaik Buat Tetamu

5 Cara Layanan Terbaik Buat Tetamu Datang Kerumah

5 Cara Layanan Terbaik Buat Tetamu Datang Kerumah, Ini Penjelasannya | Haruslah nak kena tetamu rasa selesa saat mereka datang ziarah kita.

Mungkin kadang kita pun tak menang tangan tapi kena juga usahakan untuk buat tetamu gembira. Jangan risau, ada caranya untuk jadikan suasana lebih teratur, jom semak

1. Jangan abaikan

Bila tetamu datang ke rumah ramai-ramai, tuan rumah tidak sempat melayan atau tak terlayan tetamu. Hingga ada membiarkan tetamu berbual sesama tetamu lain tanpa layanan tuan rumah yang hanya sempat bersalam dan berbual-bual dengan orang lain.

Ada tuan rumah asyik sibuk keluar masuk dapur, ke ruang tamu, ke depan ke belakang, lalu lalang depan tetamu dengan selamba. Dan hanya senyum basi-basi pada tetamu yang duduk.

Kita sebagai tetamu ni bukan datang nak makan sangat tapi datang untuk menghargai jemputan tuan rumah. Keadaan ini menyebabkan ada tetamu rasa kecil hati dan rasa tidak dihargai selepas datang ke rumah yang dijemput.

2. Biar rumah bersih & kemas

Pastikan semasa rumah bersih dan teratur dan kita telah bersedia dengan makanan, pinggan mangkuk, air, cawan dan pelbagai hal-hal lain berkaitan disempurnakan agar tetamu selesa mengambil dan meletakkan makanan sebelum dan sesudah makan.

Jangan tidak bersedia atau membuat ala kadar persiapan dan akhirnya sibuk ke atas ke bawah cari tisulah, sudulah dan sebagainya. Keadaan ini memberi pengalaman untuk kita membuat perancangan lebih baik bagi rumah terbuka.

3. Ajar anak layan tetamu

Ajaklah anak-anak turut membantu melayan tetamu dengan ramah mesra. Bukan membiarkan anak-anak sibuk berborak ketawa saja dengan rakan-rakan mereka hingga tetamu lain datang mereka buat tak endah.

Dahlah mak ayah sibuk dengan tetamu, anak-anak sibuk berjamu dengan rakan mereka tanpa pedulikan tetamu-tetamu mak ayah mereka.

4. Pastikan tandas bersih

Memastikan keadaan kebersihan rumah terjaga terutama bilik air yang kebiasaannya tetamu akan pergi untuk melepaskan hajat selepas kenyang makan dan sebagainya.

Ada tu Cik Jah, tandas tuan rumah agak kotor dengan baldi, mop, sapu, botol syampu. Semua terkumpul kat bilik air, mangkuk tandasnya berdaki, naik geli nak masuk.

Ini juga akan jadi perbualan tetamu dan dibawa balik kenangan pahit itu dalam memori.

5. Ikut kemampuan

Makanan yang dihidangkan itu memanglah mengikut kemampuan dan keupayaan tuan rumah. Namanya pun kenduri kendara, maknanya bukan ada paksaan kita nak buat kalau tak mampu ye tak?

Ada rumah terbuka yang hanya hidangkan mihun sup saja dengan kuah sambal kicap. Bila tengok dalam mangkuk bufetnya, sikit sangat mihunnya, dan kuahnya pun tinggal baki.

Hingga kita yang lewat sampai ini pun tak sampai hati nak ambil. Takut orang belakang tak dapat.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply