5 Kesalahan Selalu DiLakukan Ketika Cuci Muka

5 Kesalahan selalu diLakukan Ketika cuci Muka Dan Boleh Memudaratkan Kulit Muka, Ini Penjelasannya | 1.TERLALU KERAP MENCUCI MUKA

<•> “Kerap” itu subjektif, bergantung pada jenis kulit muka. Anda perlu mengenali jenis kulit anda (complexion) sama ada kering, biasa atau berminyak.

•> Secara asasnya, 2 kali sehari adalah yang terbaik. Sekali di sebelah pagi dan sekali di sebelah malam.

<•> Kulit yang kering atau lebih berusia akan memerlukan rawatan tambahan seperti pelembab atau pun losyen untuk mengekalkan hidrasi wajah selepas mencuci muka.

<•> Kulit dengan minyak berlebihan perlu mencuci muka 2 – 3 kali sehari untuk menghilangkan minyak yang sering menyumbatkan pori-pori kulit muka dan menyebabkan masalah jerawat.

2.KESALAHAN MEMILIH PRODUK

<•> Terdapat jutaan jenis produk terjual dipasaran dengan pelbagai jenis kandungan untuk tujuan rawatan kulit yang berbeza-beza. Terdapat dalam jenis Foam (Buih), Gel, Cream (Krim) & Soap bar (Sabun).

<•> Adalah penting untuk kita mengenali dengan betul jenis dan masalah kulit kita sebelum memilih produk.

<•> Buat kajian tentang bahan-bahan yang terkandung dalam produk untuk mengelakkan risiko ke atas kulit anda.

<•> Baca label sebelum menggunakannya!

3.TERLALU CEPAT MENCUCI & MEMBILAS

<•> Selepas sapuan pada keseluruhan muka, tinggalkan beberapa saat 10-20 saat pada muka anda supaya bahan-bahan aktif dapat menguraikan minyak dan kotoran contohnya dari bahan make-up anda dengan menyeluruh. Biarkan pencuci muka anda melakukan “deep-cleansing”.

<•> Bilasan yang terlalu cepat akan meninggalkan sisa-sisa kotoran yang akan terkumpul, menyumbatkan pori-pori muka dan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kulit lain seperti jerawat.

4.MENCUCI MUKA, KEMUDIAN RAMBUT

<•> Ini kesilapan yang paling ramai orang lakukan tanpa disedari. Rambut yang berpeluh, terdedah pada cuaca luar atau ditutup dengan tudung sepanjang hari mengumpulkan peluh, minyak dan bakteria.

<•> Mencuci muka dan kemudian mencuci rambut adalah perkara yang sia-sia! Kerana kotoran yang terkumpul dengan penggunaan syampu akan mengalir semula ke permukaan muka yang sudah dibersihkan dahulu.

<•> Cuci rambut dulu, kemudian, ambillah masa mencuci muka anda!

5.SUHU AIR YANG SALAH

<•> Kenyataan bahawa air panas “membuka pori” dan air sejuk “mengecilkan pori” adalah mitos semata!

<•> Air yang terlalu panas boleh memberi kesan irritasi pada wajah anda.

<•> Air yang terlalu sejuk tidak merosakkan kulit, namun ianya mungkin tidak selesa.

<•> Basuhlah muka dengan menggunakan air bersuhu normal atau sederhana.

<•> Kebanyakan pakar kulit muka berpendapat air suam mencuci lebih baik berbanding air sejuk.

Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.