6 TIPS AJAR ANAK RAJIN SOLAT

6 Tips Untuk Mengajar Anak Rajin Dan Tekun Menunaikan Solat

Info Menafaat : Inilah 6 Tips Untuk Mengajar Anak Rajin Dan Tekun Menunaikan Solat | Semoga panduan berikut boleh dipraktiskan oleh semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat.

6 TIPS UNTUK AJAR ANAK RAJIN LAKUKAN SOLAT

1.Biasakan anak mendengar laungan azan

~~Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan.

Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

2.Ajar anak doa selepas azan

~~Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan.

Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

3.Didik solat sejak bayi

~~Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya.

Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama.

Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

4.Ajar anak mengambil wuduk

~~Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

5.Dengarkan anak bacaan dalam solat

~~Biasakan anak mendengar bacaaan dalam solat anda dengan membacanya kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

6.Solat berjemaah

~~Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu ajak anak solat bersama jika boleh pada setiap waktu solat.

Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply