7 Ciri Terbaik Ibubapa Untuk Menjadi Contoh Kepada Anak

7 Ciri Terbaik Ibubapa Untuk Menjadi Contoh Kepada Anak, Ini Penjelasannya | (*)marilah kita berubah menjadi ibu ayah yang mempunyai ciri-ciri berikut jika mahukan anak-anak soleh dan solehah.

1. Didik anak anda dengan lembut hati.

[-]Anak-anak akan belajar daripada ibu ayah supaya tidak menjadi orang yang keras hati.

2. Jadilah ibu ayah yang pemaaf dan tawaduk.

[-]Anak-anak akan hormat dan menghargai ibu ayah yang boleh merendah diri mengakui kesilapan dalam mendidik mereka.

3. Menjadi contoh terbaik kepada mereka.

[-]Anak-anak hendak melihat terjemahan keindahan agama pada diri ibu ayah. Janganlah kita menyuruh anak-anak solat dan membaca al-Quran tetapi ibu ayah sendiri tidak membuat perkara tersebut.

Anak-anak hendak tengok ibu ayah juga cinta kepada al-Quran terlebih dahulu. Jika tiada teladan baik daripada ibu ayah itu adalah kesukaran dalam pendidikan tersebut.

4. Perbaiki kasih sayang anda kepada anak-anak.

[-]Jangan abaikan perasaan anak-anak. Anak-anak adalah amanah dari Allah maka curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka.

5. Perbaiki hati anda.

[-]Sentiasa berusaha menjadi ibu ayah yang mempunyai hati yang bersih dan ikhlas untuk mendidik anak ke jalan Allah SWT.

6. Perbaiki cara pendidikan anda.

[-]Cara pendidikan kita terhadap anak-anak juga perlulah mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah saw.

7. Perbaiki solat.

[-]Jika mahu anak rajin bersolat, ibu ayah terlebih dahulu perlu memperbaiki kualiti solat.

Allah SWT memberi jaminan kalau kita bersungguh-sungguh di jalan Allah dan serahkan kepada Allah untuk mengurus dan mengubah anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah, maka Insha Allah Dia akan memperkenankan doa kita.

Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat