Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Berlaku Kematian Di Rumah

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Berlaku Kematian Di Rumah, Ini Penjelasannya | Apa yang perlu dilakukan apabila seseorang baru meninggal dunia (di rumah)?

1. Tempatkan mayat di atas katil atau tilam. Sebaiknya ada tempat khas buat jenazah seperti di dalam bilik.

2. Sunat meletakkan mayat dalam keadaan kakinya melunjur ke arah kiblat, kepalanya ditinggikan sedikit supaya wajahnya menghadap ke kiblat.

3. Tanggalkan pakaian berjahit darinya, terutamanya jika pakaian itu kotor atau terkena najis. Pastikan aurat mayat dijaga. Tutup dengan kain yg tidak menampakkan warna kulit.

4. Jika mata mayat terbuka, maka tutuplah ia. Jika mulutnya ternganga, cari sehelai kain untuk ikat rahang bawah ke atas kepala supaya mulut tertutup.

5. Letakkan kedua-dua tangan mayat seperti keadaan qiam ketika solat. Tangan kanan di atas tangan kiri.

6. Letakkan sesuatu yg sederhana berat di atas perut mayat bagi mengelakkan kembung atau buncit.

7. Gerakkan lipatan sendi-sendi tangan dan kaki supaya sentiasa lembut. Cara lain, boleh sapukan minyak di kawasan sendi-sendi tersebut. Ini bagi memudahkan urusan mandi mayat.

8. Harus membakar setanggi atau kemenyan bagi mengharumkan ruang yang diletakkan jenazah.

9. Sunat bagi yang hidup mengziarahi si mati dan menciumnya (yang mahram sahaja).

Sebutkan hanya kebaikannya dan berdoa mohon keampunan buatnya. Elakkan dari menceritakan keburukannya atau mencercanya.

Wallahua’lam.

BACA LAGI CERITA DIBAWAH

Sifat Rasulullah ‎ﷺ | Adalah Sayyidina Maulana Muhammad, Rasulullah shallallahu’alahi wasallam adalah sebaik-baik manusia dalam penciptaan dan budi pekerti, dan orang yang paling suka memberi petunjuk ke jalan yang benar.

Budi pekertinya adalah Al-Quran, tabiatnya adalah pengampunan, pemberi nasihat kepada manusia dan gemar berbuat baik.

Baginda selalu memaafkan kesalahan bila memang menjadi haknya. Namun bila hak Allah yang dilanggar, maka tak seorang pun berani berdiri menentang kemarahannya.

Siapa pun yang melihatnya, meski sepintas maka akan segan, dan jika orang miskin mengundangnya tentu didatanginya.

Baginda selalu mengatakan kebenaran meskipun pahit, dan tidak pernah menyimpan rahsia hati, menipu serta membahayakan orang-orang islam.

Siapa pun yang memandang wajahnya, pasti akan segera tahu bahawa baginda bukan seorang penipu. Dan baginda bukan pula seorang pengumpat dan pencela.

Jika baginda sedang gembira, wajahnya bagaikan belahan rembulan. Dan bila berbicara dengan manusia, seolah-olah mereka memetik buah yang manis.

Bila baginda tersenyum, senyumnya sesejuk butiran embun. Dan bila baginda berbicara, seakan mutiara berjatuhan dari ucapannya.

Bila sedang berbincang, seolah-olah minyak kasturi yang keluar dari mulutnya.

Bila berjalan di suatu lorong, segera diketahui bahawa baginda baru saja melalui lorong tersebut kerana keharumannya.

Jika baginda duduk dalam satu majlis, keharumannya terus membekas sampai beberapa hari lamanya sekalipun baginda telah berlalu.

Baginda memang selalu harum meskipun tidak memakai wangian.

Ketika berjalan di antara sahabatnya, baginda laksana bulan di antara bintang-bintang yang gemerlapan.

Dan bila berjumpa dengannya di malam hari, pancaran cahayanya membuat seolah-olah manusia berada di siang hari.

Dan adalah Nabi shallalahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling pemurah meski dibandingkan dengan angin yang berhembus.

Baginda juga selalu berkasih sayang terhadap anak-anak yatim dan para janda.

Sebahagian orang yang mengsifatkan baginda berkata: “Belum pernah ku lihat seorang yang berambut hitam,

Yang berpakaian merah, dapat melebihi ketampanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Petikan ini disunting dari Kitab Maulid Ad-Diba’i karya Al-Imam Al-Jalil As-Sayyid As-Syaikh Abu Muhammad Abdurrahman Ad-Diba’iy Asy-Syaibani radhiallahu ‘anhu.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat