Berdosakah Marah Atau Mengutuk Ibu Bapa Dalam Hati Tanpa Meluahkannya

Baca Dan Fahami : Berdosakah Marah Atau Mengutuk Ibu Bapa Dalam Hati Tanpa Meluahkannya? Inilah Jawapan Dan Hukumnya | (Adakah berdosa jika menyimpan rasa marah pada ibu sendiri dan mengutuk ibu dalam hati tapi saya masih menghormati ibu dan tidak melawan kata-katanya.)

Derhaka kepada kedua orang tua ialah berbuat sesuatu yang menyakiti perasaan keduanya atau melawan perintahnya dan juga melanggar nasihat-nasihatnya.

Menyimpan rasa marah dan mengutuk ibu dalam hati juga termasuk didalam dosa kepada ibu atau bapa, kerana ia sama dengan membenci mereka,

Perkara ini jelas termasuk dalam dosa besar. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT

Iaitu: Seseorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berupaya menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya,

Dan seseorang yang berupaya agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan melalui hasutan-hasutannya.” (HR. Ad Dailami daripada Umar ra)

Tidak layaklah menyimpan rasa marah dan benci terhadap ibu, segeralah bertaubat dengan mohon kemaafan kepadanya agar kehidupan memperoleh berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat