DOA DAN CARA MENANGANI ANAK YANG NAKAL

DOA DAN CARA MENANGANI ANAK YANG NAKAL | (*)Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu anak tersebut yang sedang tidur

(*)Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

(*)Selalu berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

(*)Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.

kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

(*)Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

(*)Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

(*)Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”

(*)Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur.

Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

(*)Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami,

berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

(*)Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

(*)Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

(*)Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

(*)Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

(*)Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

(*)Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

(*)Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

(*)Insyaallah dengan berdoa selalu, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo

Wasap : Nik

www.wasap.my/+60176215181/