Doa Dijauhkan Hasad Dengki Manusia

Doa Dijauhkan Hasad Dengki Manusia

Info Menafaat : Inilah Doa Dijauhkan Hasad Dengki Manusia, Ini Penjelasannya | (+) Rasulullah ﷺ bersabda; bermaksud:

(+)“Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah?

Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”

(+)Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi ﷺ bersabda:

(+)”Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud – 4257)

(+)Perbanyakkanlah membaca doa ini supaya dijauhkan diri dari mempunyai sifat hasad dengki.

Jika keluarga ramai terutama anak-anak kita boleh juga di doakan kepada mereka.

Jika ada kawan dan saudara yang jauh selalu dengki dan sakit hati boleh juga dibaca dan mohon pada Allah SWT supaya dijauhkan hasad dengki.

(+)Mulakan bacaan pada ayat bermula rabbana ighfir lana

rabbana ighfir lana wali-ikhwaninaallatheena sabaqoona bil-eemani walatajAAal fee quloobina ghillan lillatheena amanoorabbana innaka raoofun raheem

(+)Terjemahannya ialah:

(+)Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,

Dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

(+)Semuga dipermudahkan. Sekian wasallam.

Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua,

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply