Hikmah Disebalik Musibah Bagi Orang Yang Sabar

Inilah Hikmah Disebalik Musibah Bagi Orang Yang Sabar, Ini Penjelasannya | Musibah adalah salah satu dari bentuk kasih sayang Allah swt,

Kepada hambaNya yang masih mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikan dan berkesempatan masuk syurga.

Dan setiap musibah yang datang seharusnya disyukuri, kerana ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Allah swt akan memberi imbalan di akhirat nanti atas apa sahaja yang menimpa hambaNya di dunia, sekalipun hanya tertusuk duri.

Mungkin musibah yang menimpa adalah merupakan kepada balasan atau kifarah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Oleh itu, kita harus bersyukur kerana Allah swt tidak menunda pembalasan dosa-dosa kita di akhirat kelak.

Ada kurnia dari Allah swt yang tidak dapat didapati dengan ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi hanya didapati dengan musibah.

Orang-orang yang dicintai oleh Allah swt akan diberi musibah agar hatinya hancur, sehingga hidayah mudah meresap ke dalam hatinya.

Hati yang keras ibarat batu tidak dapat ditembus oleh air, tetapi tanah yang lembut mudah menyerap air.

Maka hati orang yang beriman akan lembut dengan musibah. Sabda Rasulullah saw,

“Apabila engkau melihat seseorang yang memperoleh kenikmatan dunia padahal dia sering melakukan kemaksiatan,

Maka ketahuilah bahawa itu adalah istidraj (Penundaan azab dari Allah swt), seperti seseorang yang diberi seutas tali yang dengan tali itu dia dibiarkan menggantung dirinya sendiri”.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat