Hukum Rambut Wanita Terkeluar Ketika Menunaikan Solat

Hukum Rambut Wanita Terkeluar Ketika Menunaikan Solat

Hukum Rambut Wanita Terkeluar Ketika Menunaikan Solat, Ini Penjalasannya | SOALAN : Admin dapat rasakan ada antara kaum wanita mengalami perkara di mana rambutnya terkeluar ketika sedang solat. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN : Jika rambut itu terkeluar ketika dalam solat sebelum salam maka solatnya batal dan jika sudah terkeluar sebelum lagi dia memulakan solat maka solatnya tidak sah dan wajib atas kedua masalah ini mengulangi akan solat tersebut.

Jika dia yakin rambut tersebut terkeluar selepas memberi salam maka solatnya sah tidak perlu diulangi.

Tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani :
قول المتن: (ما سوى الوجه والكفين) أي حتى شعر رأسها وباطن قدميها ويكفي ستره بالأرض في حال الوقوف فإن ظهر منه شئ عند سجودها أو ظهر عقبها عند ركوعها أو سجودها بطلت صلاتها

Artinya : “Dan aurat perempuan itu semua anggota selain muka dan dua pergelangan tangan sehingga rambut kepalanya dan dua tapak kakinya dan memadai dua tapak kaki itu tertutup dengan lantai ketika berdiri.

Maka jika terbuka suatu dari auratnya ketika sujudnya atau terbuka tumitnya ketika rukuknya atau sujudnya nescaya batal solatnya.”

Dan tersebut pada kitab Mughni Ibnu Qudamah :
وقال الشافعي تبطل لانه حكم تعلق بالعورة فاستوى قليله وكثيره كالنظرة

Artinya : “Dan telah berkata Imam Syafie batal solatnya (sebab terbuka aurat) kerana bahawasanya hukum yang berkait dengan aurat adalah bersamaan samada sedikit atau banyaknya seperti hukum memandangnya.” Wallahua’lam.

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat