Hukum Tidur Sebelum Menunaikan Solat Isyak

Hukum Tidur Sebelum Menunaikan Solat Isyak, Ini Penjelasannya | SOALAN : Yakin ada di antara kita kadangkala tertidur sebelum menunaikan solat Isyak. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN : Memang benar hukum tidur sebelum menunaikan solat isyak adalah makruh.

Adalah Rasulullah saw tidak suka tidur sebelum menunaikan solat isyak. Ini adalah kerana dibimbangi terlajak tidur sampai waktu subuh maka luputlah solat isyak dan solat tahajjud.

Akan tetapi jika dia terlalu mengantuk lalu dia tidur dulu sekejap supaya hilang mengantuknya itu maka hukumnya adalah harus tidak lagi makruh kerana solat dalam keadaan mengantuk itu tidak disukai syarak.

Berkata Imam Taqiyuddin :
يكره النّوم قبل صَلَاة الْعشَاء والْحَدِيث بعْدهَا إِلَّا فِي خير كمذاكرة الْعلم وترتيب أُمُور يعود نَفعهَا على الدّين والخلق لقَوْل أبي بَرزَة الْأَسْلَمِيّ رَضِي الله عَنهُ أَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم
(كَانَ يكره النّوم قبل صَلَاة الْعشَاء والْحَدِيث بعْدهَا) وَلَا فرق بَين الحَدِيث الْمَكْرُوه والمباح وَالْمعْنَى فِي كَرَاهَة النّوم قبلهَا مَخَافَة استمراره إِلَى خُرُوج الْوَقْت

Artinya : “Dimakruhkan tidur sebelum menunaikan solat fardu isyak dan berbual selepas menunaikan solat isyak melainkan berbual perkara kebajikan seperti muzakarah ilmu dan perkara yang baik pada agama dan manusia kerana hadith Abu Barzah Al-Aslami r.a. bahawasanya Nabi saw adalah baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan berbual selepasnya.” (Kitab Kifayatul Akhyar) Wallahua’lam.

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat