Ini Yang Patut Kita Lakukan Setelah Lahirnya Cahaya Mata

Ini Yang Patut Kita Lakukan Setelah Lahirnya Cahaya Mata | Apabila lahir cahaya mata, maka lakukanlah perkara berikut:

1. Azan / iqamat pada telinga bayi

2. Tahnik / beri rasa makanan manis pada lelangit bayi

3. Doakan keberkatan pada bayi

4. Cukur rambut bayi keseluruhannya pada hari ke tujuh dan timbang berat rambut tersebut dan nilaikan dengan nilai perak, lalu disedekahkan kepada fakir atau yg memerlukan

5. Aqiqahkan pada hari ke tujuh, empat belas, dua puluh satu atau bila-bila masa yang mampu. Bayi lelaki dua ekor kambing, bayi perempuan seekor kambing

6. Beri nama kepada bayi pada hari ke tujuh, paling baik adalah nama Abdullah dan Abdurrahman, kemudian nama para Nabi

7. Khitan bayi lelaki sunnah, khitan bayi perempuan kemuliaan

8. Menyusukan bayi dua tahun penuh

9. Memelihara, menjaga, mendidik dengan akhlak, adab serta agama

Wallahua’lam

BACA LAGI CERITA DIBAWAH

Teladan Umar Sebagai Pemimpin | Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab.

Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan,

Warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat.

Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap.

Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya.

Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi.

‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran.

Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar.

Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini.

Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat