Jenis Jenis Najis Yang Dimaafkan Untuk Solat

Jenis Jenis Najis Yang Dimaafkan Untuk Menunaikan Solat, Ini Penjelasan Dan Hukumnya | Najis yang dimaafkan itu ialah:-

Bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya,

jika ia dibelah ketika hidup seperti lalat dan lipas.

Begitu juga jika bangkai tersebut terjatuh kedalam air makan hukum air itu tidak terkena najis.

Darah, nanah dan muntah yang sedikit adalah dimaafkan jika terbawa dalam sembahyang.

Begitu juga darah kutu atau nyamuk yang pada pakaian dengan tidak sengaja.

Nanah dan darah dari tubuhnya sendiri,

Walaupun banyak jika tidak melewati dari tempat mengalir yang biasa.

Jika terkena pada pakaian dengan tidak sengaja maka ia dimaafkan.

Tanah, lumpur atau air di jalan yang bernajis,

Jika terkena pada pakaian dan tidak dapat dielak maka dimaafkan.

Najis yang halus yang tiada dapat dilihat oleh mata,

Kebanyakan orang seperti najis yang ada pada kaki lalat.

baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu

Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu

Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa

Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut

Lupakan budi baikmu terhadap orang lain

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT