Kenapa Kita Perlu Sujud Sahwi? Ini Jawapannya | Sesetengah orang tidak lagi mengetahui bagaimana cara untuk mempraktikkan sujud sahwi.
Sujud sahwi dilakukan adalah untuk menampung beberapa jenis kesalahan yang dibuat ketika solat akibat lalai atau terlupa.
Antara kesalahannya adalah terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, iaitu tahiyat awal dan doa qunut atau terlupa rakaat.
1. Dalil sujud sahwi sebelum beri salam dari hadis Abdullah bin Buhainah,
فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ
“Setelah baginda (Rasulullah) menyempurnakan solatnya, baginda sujud dua kali.
Ketika itu baginda bertakbir pada setiap kali sujud dalam posisi duduk. Baginda lakukan sujud sahwi ini sebelum salam.” (Sahih Bukhari, Sahih Muslim)
2. Dalil sujud sahwi sesudah salam dan ditutup lagi dengan salam dari hadis Imran bin Husain,
فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ
“Kemudian baginda (Rasulullah) pun solat satu rakaat (menambah rakaat yang kurang tadi). Lalu baginda beri salam.
Setelah itu baginda melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian baginda beri salam lagi.” (Sahih Muslim)
3. Sebahagian ulama’ menganjurkan doa ini ketika sujud sahwi,
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
“Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Zat yang tidak mungkin tidur dan lupa).
[Bacaan sujud sahwi ini di antaranya disebutkan oleh An Nawawi rahimahullah dalam Raudhatuth Tholibiin, 1/116, Mawqi’ Al Waroq]
4. Bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika solat,
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
“Subhaana rabbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (Sahih Muslim)
Wallahua’lam.
BACA LAGI CERITA DIBAWAH
Sejenak Merenung Jabal Nur | Saya mendaki beramai-ramai, dahulu ada seseorang mendaki seorang diri.
Saya mendaki dengan bantuan anak-anak tangga, dahulu ada seseorang mendaki di celahan cerun berbahaya.
Saya mendaki ketika Makkah sudah ada menara jam gergasi “La Ilaha illa Allah”, dahulu seseorang mendaki dengan Makkah dikelilingi berhala-berhala gergasi.
Saya mendaki hanya sebagai salah seorang pendaki, namun dahulu seseorang mendaki tanpa gunung ini mengenali sesiapapun yang pernah hadir di sini.
Saya mendaki hanya untuk ziarah beberapa minit sahaja, dahulu seseorang mendaki bukan bertujuan untuk pulang semula.
Kalaulah batu-batu keras yang melatari Jabal Nur ini mampu berbicara pada saya.
Demikianlah Allah melapangkan gua seluas-luasnya buat Ashabul Kahfi dan para Nabi. Demikianlah Allah menyempitkan dunia buat para pencintanya.
Penantian 40 tahun akhirnya terjawab dengan kedatangan “Namus” yang pernah mendatangi Musa di Tursina.
Di sinilah, segala-galanya bermula. Dia tidak memilih bawah bukit atau lereng bukit. Dia memilih puncaknya, betapa tinggi jiwanya dan tafakurnya untuk melihat “masa depan” Makkah.
Dan dia tidak pernah diberitahu apa bakal berlaku pada Makkah 23 tahun nanti, bermula dari detik langit membukakan pintu buatnya pertama kali.
“Bacalah Muhammad. Dengan nama Tuhanmu. Yang menciptakan manusia dari segumpal darah.”
اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وبارك ﻭﺳﻠﻢ
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat