Mari Kenali 10 Beradik Yang HEBAT Ini Sambil Melihat Pesanan Mereka

Mari Kenali 10 Beradik Yang HEBAT Ini sambil melihat pesanan mereka untuk mendapat kejayaan dunia akhirat | Inilah dia 10 adik-beradik hasil perkongsian hidup Haji Din bin Wan Awang bersama Hajah Che Teh binti Wan Nik

1- Fatimah 2- Ishak 3- Haron 4- Rokiah 5- Abu Hassan 6- Che Bi 7- Mariam 8- Jariah 9- Khadijah 10- Che Wangi.

Walaupun tokwan Din tidak makan gaji, akan tetapi 10 anak-anaknya tetap diberikan pendidikan dan keperluan harian seperti biasa. Sikap tegasnya dengan agama memberi kesan berguna buat anak-anak.

Bonda mereka, kami panggil tok Teh adalah seorang yang lemah lembut orangnya. Sifat mereka tetap ada dalam diri anak-anak.

Pesan tokwan Din yang menjadi pegangan keluarga ini, biar kita hidup susah tapi jangan menyusahkan orang lain.

Re-Union kelurga besar setiap tahun…

Dia adalah Ayah Saudaraku. Abang kepada bondaku.

Setiap tahun, dalam pertemuan keluarga besar kami, Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din akan memberi ucapan nasihat buat kami semua.

Ada beberapa pesan utama yang berbekas sehingga ke hari ini, antaranya :

1- Jangan tinggal solat.
2- Hormati orang tua.
3- Jadi anak / suami isteri yang soleh.
4- Wujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Coretan Ustaz Nabil Ahmad tentang 3 Bapa Saudaranya – Ulama Tersohor tanahair… Ya Allah.. Sesungguhnya diri ini merindui mereka bertiga.

Aku hanyalah insan yang sempat menumpang kasih dan berteduh di laman ilmu dalam keluarga besar Haji Din ini. Aku bersaksi dengan keilmuan dan keperibadian mereka yang akhirnya berjaya mendidik kami dengan “Biah Solehah”.

Maka tempatkanlah mereka Ya Allah.. di tempat yang terbaik bersama orang-orang yang soleh. Moga kami yang bakal menyusul satu masa nanti akan bertemu mereka di sana nanti.

Pastinya kami akan mendengar beberapa pesan dari bapa saudara kami ini.

Almarhum selalu tekankan, jika kanak-kanak berpuasa pastikan ikut kemampuan dia. Jangan disuruh sampai lembik budak tu menahan diri untuk terus kekal berpuasa. Puasa tak wajib buat budak, yang wajib disuruh adalah solat.

Mudah kata, dirikan solat itu lebih utama. Puasa sebagai pengalaman kanak-kanak itu sebelum mereka benar-benar diwajibkan untuk melaksanakannya.

Sumber; Nabil Ahmad

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat