Mengambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing

Mengambil Wuduk Dengan Air Sisa Minuman Kucing, Ini Penjelasan Hukumnya | SOALAN : Boleh dikatakan ramai di antara kita yang gemar membela kucing di rumah termasuk Ohmedia sendiri.

Kadangkala kucing tersebut suka minum air dari besen yang merupakan tempat kita mengambil wuduk. Jadi, adakah kita boleh mengambil wuduk menggunakan air di besen tersebut?

JAWAPAN : Haiwan yang najis ketika hidup ialah anjing dan babi sementara haiwan selain keduanya ini adalah suci ketika hidupnya termasuk kucing.

Oleh itu jika haiwan selain anjing dan babi meminum air yang ada pada suatu bekas maka air sisa minumnya dalam bekas tersebut tetap suci.

Begitulah juga dengan kucing.

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Qatadah r.a. Rasulullah saw bersabda :
إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ

Artinya : “Sungguhnya kucing itu bukanlah haiwan najis. Hanya sungguhnya kucing ini haiwan yang berkeliling atas kamu sentiasa ada dalam rumah manusia.” (Hadith Abu Daud & An-Nasaai)

Dan diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata :
قَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ بِفَضْلِهَا

Artinya : “Pernah aku Nampak Rasulullah saw mengambil wuduk dengan air sisa minum kucing.” (Hadith Abu Daud) Wallahua’lam.

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat