Petua Mujarab Orang Dulu Mengamalkan Untuk Kesihatan

Petua Mujarab Orang Dulu-Dulu, Patotlah Ramai Yang Hidup Lebih 100 Tahun, Zaman Sekarang Jarang Kita Jumpa Orang Tua Bongkok | Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali

Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.

Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.

Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.

Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat