Rahsia Kebahagian Rumahtangga

Inilah Rahsia Kebahagian Rumahtangga Menjadi Contoh

Info Menafaat : Rahsia Kebahagian Rumahtangga Menjadi Contoh Untuk Kita Semua, Ini Penjelasannya | Beberapa tips untuk semua isteri harus ambil tahu,

Amalkan dengan membaca ayat 200 dari surah AL ‘IMRAN semasa memasak dan membancuh air, agar sentiasa disayangi dan diingati oleh sesiapa saja yang makan dan minum hasil air tangan kita.

Pertama sekali ialah mengenai hal membasuh pakaian.

Memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, tidak mengapa suruh maid basuh baju kita, tetapi yang ‘kecik-kecik’ terutama kita punya dan suami tu, sebaik-baiknya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin apabila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat,

Masa melipat pun, kita pilih yang patut kita lipat dan uruskan sendiri. (ada rahsianya tu).

Perkara kedua ialah tentang bilik tidur.

Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kepada pembantu rumah. NO ENTRY !!!!.

Apa pun yang ada didalamnya adalah hanya dalam pengetahuan kita dan suami. Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yang bergelar ISTERI ini yang mengemasnya.

Usah sesekali dibiarkan pembantu yang menguruskannya. (ada rahsia juga tu).

“Bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang-wenang, rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan isteri sendiri yang mengemasnya!

Perkara ketiga dalam hal makan dan minum,

Kan sudah dipesan org tua bahawa mahu jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu Dan antara dua lututnya… (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

AIR TANGAN! atau SENTUHAN TANGAN! Itulah rahsianya,

Sentuhan tangan atau air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu ada aura ajaib. Ada ‘ruh’. Ada keberkatan. Ada kasih sayang.

Tidak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta ‘powernya’ air tangan seorang ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tetapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah.

Kalau kita masih keliru dan kurang yakin,

Cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa,

Namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil ‘air tangan ibu’. Walaupun sekadar MEE MAGGIE!!.

Di sini ada 21 tips mesti baca untuk rumahtangga bahagia.

1. Sembahyang jemaah bersama-sama.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.

3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari.

4. Mandi bersama sekali-sekala.

5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.

6. Isteri tidur di atas lengan suami.

7. Mesra dengan suami.

8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU

9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.

10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.

11. Berhias untuk pasangan masing-masing.

12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.

15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.

18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.

19. Bentuk sifat cemburu yang positif.

20. Jadilah suami yang pemaaf.

21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.

21 tips mesti baca untuk rumahtangga bahagia di atas pasti akan dapat merealisasikan impian anda untuk rumahtangga yang bahagia, dengan syarat anda harus praktikkan dengan bersungguh-sungguh. Semoga tips rumahtangga bahagia ini akan memberi manfaat untuk kita bersama.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply