7 Rahsia Mendidik Anak

Rahsia Mendidik Anak Dari Ustaz Farid Ahmad

7 Rahsia Mendidik Anak Dari Ustaz Farid Ahmad, Ini Petuanya Yang Patut Anda Ambil Cakna | Rahsia 1 Apabila melihat anak menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya.

Cuba tunjuk awan atau burung di langit agar anak melihatnya. Anak akan terdiam kerana psikologi manusia ketika menangis adalah menunduk.

Rahsia 2

Jika ingin anak berhenti bermain, jangan kata: “Sudah, berhenti main!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi ya”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi ya”. Kemudian barulah kata: “Waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

Rahsia 3

Jika anak-anak berbalah atau bergaduh, dan anda ingin meleraikan mereka, maka katakanlah: “Siapa mahu mendengar saya bercerita, angkat tangan.” Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

Rahsia 4

Katakan kepada anak-anak sebelum tidur: “Jom tidur sayang.. besok pagi kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan kata: “Tidur sayang, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh karana perhatian harinya kepada dunia.

Rahsia 5

Nikmati masa kecil anak-anakmu, karana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan anak-anak tidak akan lama dan ia akan menjadi kenangan.

Bermainlah bersama mereka, ketawa bersama mereka, bergurau bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarlah mereka dengan cara yang menyeronokkan.

Rahsia 6

Tinggalkan HP dan matikan TV jika mampu. Jika ada teman yang telefon, katakan: “Maaf, sekarang saya sedang sibuk bersama anak-anak”. Ibu bapa yang bijak tahu bagaimana cara untuk mengimbangi urusan luar dan pendidikan anak.

Rahsia 7

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply