Tujuh Perkara Yang Pahalanya

7 Perkara Yang Pahalanya Terus Mengalir

Tujuh Perkara Yang Pahalanya Terus Mengalir Walaupun Telah Kembali Kerahmatullah | Rasulullah saw bersabda :

Artinya : Tujuh perkara yang akan terus berjalan pahalanya bagi seorang hamba walau pun ia telah mening gal du nia dan berada di dalam ku bur yaitu :

Siapa yang mengajarkan ilmu, mengalirkan sungai, menggali perigi, menanam pokok kurma, membina masjid, mewariskan mushaf dan mening galkan anak yang beristighfar baginya sepeninggalannya. (Hadith al-Bazzar)

Rasulullah saw menerangkan pada hadith di atas bahawa tujuh amalan yang kalau dikerjakan olih kita ketika hidup, akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita sudah mening gal du nia yaitu :

1. Mengajar ilmu

Yang dimaksudkan dengan ilmu disini ialah segala ilmu yang memberikan kebaikkan kepada manusia samada ilmu agama atau ilmu dunia.

Nabi Muhammad saw bersabda :

Artinya : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya dan penduduk di langit dan bumi sehinggakan semut di dalam sarangnya dan ikan di lautan akan mendoakan (kebaikan) bagi orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan ” (Hadith Tirmizi).

Maka siapa yang pernah mengajar kepada manusia yang lain ilmu agama sekalipun sedikit seperti hanya mengajar seorang membaca bismillah maka pahalanya akan berterusan sampai ke akhirat.

Begitu juga dengan ilmu dunia yang memberi menafaat seperti ilmu kedoktoran dan sebagainya.

2. Mengalirkan air sungai.

Maksudnya menggali apa sahaja yang akan berlari air padanya samada sungai, parit atau saliran kerana ramai yang akan mendapat menafaat air tersebut samada manusia atau haiwan.

Saad bin Ubadah ra pernah bertanya kepada Rasulullah saw yang artinya :

“Wahai Rasulallah, sedekah apa yang paling utama?

Baginda menjawab : “Memberi air.” (Hadith Abu Daud).

3. Menggali perigi.

Maksudnya membuat perigi untuk orang ramai menggunakannya dan termasuk juga orang yang bekerja menyediakan bekalan air paip atau seumpamanya sehingga dapatlah orang ramai minum atau menggunakan air tersebut untuk berwuduk, mandi, membasuh pakaian dan seumpamanya.

4. Menanam pokok kurma

Termasuk pokok kurma ialah segala jenis pokok-pokok yang berbuah yang boleh dimakan atau sayuran dan lain-lain. Maka apabila buahnya dimakan oleh manusia atau haiwan maka orang yang menanamnya akan mendapat pahala sekalipun telah berada di alam barzakh.

Dalam sebuah hadith Nabi saw bersabda yang artinya :

“Tidak ada seorang Islam yang menanam pohon atau menanam tanaman, lalu burung memakannya atau manusia atau haiwan, kecuali ia akan mendapat pahala sedekah kerananya.” (Hadith Bukhari)

5. Membina Masjid

Termasuk juga dengan kata masjid ialah segala banggunan yang digunakan untk perkara-perkara akhirat seperti surau, madrasah, pondok pengajian, rumah anak yatim, rumah orang-orang msikin dan seumpamanya.

6. Mewariskan Al-Quran

Maksudnya menghadiakan atau mewakafkan atau menyediakan mushaf Al-Quran untuk dibaca oleh orang ramai atau untuk dipelajari. Termasuk mushaf Al-Quran ialah kitab-kitab agama seperti kitab hadith, feqah, tafsir dan lain-lain.

7. Istighfar Kepada orang Tuanya

Maksudnya anak-anak yang meminta ampun kepada Allah untuk kedua ibu bapanya yang telah mening gal du nia.

Kedua ibu bapanya yang sudah mening gal du nia itu akan mendapat menafaat dan faedah dari istighfar yang dibaca oleh anak-anaknya yang masih hidup.

Termasuk juga amalan-amalan lain seperti berdoa, bersedekah dan amal-amal soleh yang lain. Wallahua’lam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat

Leave a Reply